suria

Maia Estianty restu pelawak, Kiky Saputri jadi teman wanita Dul Jaelani

Maia setuju jika Kiky bercinta dengan anaknya, Dul.

PENYANYI Maia Estianty memberitahu dia akan memberi restu sekiranya anaknya iaitu Dul Jaelani menjalinkan hubungan cinta dengan pelawak Kiky Saputri.

Malah, bekas isteri kepada penyanyi Ahmad Dhani ini menerusi sebuah video yang dimuat naik di saluran YouTube menggelar Kiky sebagai calon bakal menantunya.

Memetik laporan Liputan6, penyanyi Teman Tapi Mesra itu berkata anak lelakinya pasti akan sentiasa kelihatan muda disebabkan kerap tersenyum dan ketawa dengan sikap kelakar Kiky.

"Ini adalah calon menantu saya. (sambil menunjuk kearah Kiky Saputri). Saya akan memberi restu kalau dia bercinta dengan Dul. Anak saya itu akan sentiasa kelihatan muda.



Maia percaya hidup anaknya akan bahagia bersama Kiky.

"Kenapa? Sebab pasti dia akan ketawa sahaja setiap hari," kata Maia.

Selain Dul Jaelani atau Abdul Qodir Jaelani, Maia dan Ahmad Dhani mempunyai dua orang lagi anak iaitu Ahmad Al Ghazali dan Ahmad El Jallaluddin Rumi.

Maia dan Ahmad Dhani mendirikan rumah tangga pada 1996 dan mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada 2008

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain