suria

Tinggalkan banglo mewah selepas berkahwin? Luna Maya sanggup... tapi ada syarat untuk bakal suami

Luna Maya letak syarat kepada bakal suami jika mahu dia berpindah keluar dari kediamannya selepas berkahwin.

SELEPAS mendirikan rumah tangga kelak, pelakon Luna Maya berkata dia sedia meninggalkan kediaman mewahnya yang terletak di Jakarta Selatan, Indonesia.

Meskipun begitu, Luna memberitahu ada beberapa syarat yang harus dipenuhi oleh bakal suami jika mahu dia berpindah ke rumah baharu.

"Kalau dia (suami) boleh bagi rumah yang lebih bagus daripada rumah saya itu, ya saya keluarlah.



Luna pernah berkongsi mengenai kediamannya di YouTube Atta Halilintar tahun lalu.

"Tapi kalau rumah saya lebih bagus daripada rumahnya, tak apalah... dia sahaja pindah sini!," katanya ketika ditemubual pengacara Boy William.

Sementara itu, juri Maharaja Lawak Mega 2017 ini berkata dia lebih selesa berada di kediaman sendiri kerana banyak ruangan yang dibina mampu memberi ketenangan.

"Tempat kegemaran saya di bilik dan ruangan antara dapur yang jadi tempat kerja. Di situlah saya habiskan masa.

"Saya juga suka main permainan Nintendo Switch... permainan lain susah! Saya tak suka permainan yang banyak berfikir," ujarnya.

SUMBER: Liputan6

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Luna Maya

Artikel Lain