PELAKON Ku Hye Sun berkongsi berita gembira apabila dia berjaya mencapai berat badan idaman pada Sabtu lalu. Ku Hye Sun memberitahu berat badannya berjaya diturunkan sebanyak 11 kilogram (kg). "Akhirnya berjaya mencapai angka 46 kg," tulisnya. Rata-rata pengikut memuji usaha kerasnya mengikuti pelbagai program diet dan rutin harian sehingga berjaya memiliki berat idaman. "Akhirnya usaha keras awak berjaya... jaga kesihatan dan awak selalu cantik, jangan peduli kata orang. Pasangan ini bercerai pada Julai tahun lalu. "Wah! Awak sangat langsing sekarang, cukuplah tu jangan kurus sangat," tulis peminat. Selain komen positif, ada juga netizen meluahkan rasa simpati kepada bekas suaminya Ahn Jae Hyun yang hilang selepas berakhirnya tayangan drama People With Flaws. Aktor kelahiran 1987 itu dikatakan berdepan depresi selepas berpisah dengan Ku Hye SUn. "Bayangkan seorang lelaki menyebar gosip tentang wanita ketika dia bercerai... kenapa kalian berseronok untuk Ku Hye Sun ketika dia begitu jahat! "Lihat Ku Hye Sun membuatkan saya jadi kasihan dengan Ahn Jae Hyun," komen netizen. Ahn Jae Hyun dan Ku Hye Sun bercerai pada 30 Julai tahun lalu. Ahn Jae Hyun mendedahkan sepanjang tiga tahun perkahwinan itu, dia mengalami tekanan dan depresi.