suria

Justin Bieber akhirnya bersuara nafi lakukan serangan seksual, siap tunjuk resit penginapan Airbnb dengan Selena Gomez

Justin Bieber sangkal dakwaan lakukan serangan seksual

PENYANYI terkenal Justin Bieber akhirnya tampil dengan kenyataan menafikan dia terbabit dalam satu serangan seksual pada 2014.

Melalui bebenang di Twitter, Bieber, 26, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan seorang individu bernama 'Danielle' yang tular di laman sosial sejak Sabtu bahawa dia dan Bieber telah mengadakan hubungan seks secara paksa.

"Saya jarang mengambil berat sebarang dakwaan liar namun kali ini enggan berdiam diri apabila ia membabitkan isu serangan seksual.

"Seperti yang anda tahu, sepanjang 24 jam ini tular mengenai dakwaan saya telah melakukan serangan seksual terhadap seorang gadis pada 9 Mac 2014 bertempat di Hotel Four Seasons, Austin, Texas. Namun langsung tiada bukti sahih yang menyatakan saya berada di lokasi tersebut," tulis Bieber.

Pendedahan seorang wanita bernama Danielle yang menjadi sensasi di laman Twitter.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Yummy ini bagaimanapun tidak menafikan dia berada di Austin pada waktu kejadian itu didakwa berlaku kerana ada membuat satu persembahan mengejut dalam sebuah program.

Bieber yang mendirikan rumah tangga dengan model dan personaliti TV, Hailey Baldwin sejak November 2018 menerusi Twitter turut menyertakan bukti tempat penginapannya bersama bekas kekasih ketika itu iaitu Selena Gomez pada malam kejadian serangan seksual berkenaan didakwa berlaku.

Bieber nafi lakukan serangan seksual.

"Seperti yang diketahui, saya memang berada di Austin pada malam kejadian didakwa berlaku namun mereka lupa saya sentiasa ditemani bekas kekasih iaitu Selena Gomeza.

"Di sini saya sertakan resit tempahan bilik melalui Airbnb di mana saya dan Selena serta beberapa rakan lain menginap, saya juga sudah dapatkan pengesahan daripada pengurus Hotel Four Season yang semangnya kami bukan tetamu hotel tersebut pada 9 Mac 2014.

"Serangan seksual merupakan sesuatu perkara yang tidak seharusnya dipandang remeh, namun ia juga mungkin memberi kesan yang amat buruk jika dilemparkan secara membabi buta. Saya akan bekerjasama dengan Twitter dan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan berita palsu ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain