suria

Ingatkan dapat DM tawaran kerja, rupa-rupanya Maria Vania terima foto lucah di IG - “Ramai kirim gambar kemaluan, terus aku tertengok lagi”

Maria akui terima banyak foto lucah di Instagram.

PENGACARA popular Indonesia, Maria Vania mengakui kerap menerima foto lucah daripada individu tidak dikenali di laman Instagram.

Menurut laporan Hot Detik, Maria berkata tujuannya membaca mesej peribadi (DM) yang dihantar itu adalah kerana menyangka ia merupakan tawaran pekerjaan.

"Oh banyak sangat... ramai yang kirim gambar kemaluan di Instagram, terus aku tertengok lagi, memang banyak... fotonya asli.

"Saya suka buka mesej di DM kerana takut ia berkaitan kerja, jadi saya selalu periksa... lepas itu saya tengok ini gambar apa? Wah!

"Siap ada nama dan mereka berkeyakinan betul, saya lihat itu biasa-biasa sahaja. Ya ampun bangga betul ya," katanya ketika ditemubual Sule.

Sementara itu, Maria berkata dia tidak terganggu dengan mesej tersebut.

"Biasa-biasa saja. Saya orangnya agak superslow, yang penting tak ganggu keluarga, ibu bapa saya. Kamu mahu kirim foto apa pun, saya tak peduli," ujarnya.

Maria Vania dikenali sebagai pengacara sukan dan kerap memuat naik foto mengenakan baju seksi semasa menyertai acara sukan di laman sosial miliknya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Maria Vania

Artikel Lain