SETELAH empat tahun berpisah dengan Brad Pitt, akhirnya pelakon Angelina Jolie mendedahkan punca mereka bercerai. Menurut laporan Instyle, Angelina berkata perpisahan itu dilakukan demi masa depan anak-anak. "Saya berpisah demi kebaikan keluarga dan ini adalah keputusan yang tepat. ARTIKEL BERKAITAN: Angelina Jolie marah Brad Pitt bawa anak-anak jumpa bakal ibu tiri "Saya ingin pulihkan anak-anak... ada beberapa pihak mengambil keuntungan daripada sikap berdiam diri saya dan anak-anak mula melihat pembohongan mereka di media. "Saya sentiasa mengingatkan diri... jika mereka tahu kebenaran apa yang akan mereka fikirkan nanti," katanya. Angelina Jolie ketika melawat Mosul di utara Iraq. Sementara itu, pelakon filem Maleficent ini turut meluahkan rasa syukur apabila anak-anak memahami situasi yang dihadapi olehnya ketika itu. Malah, mereka memberi sokongan moral sepanjang dia berdepan penceraian tersebut. "Anak-anak faham keadaan saya ketika itu dan mereka banyak membantu... mereka menerima keputusan ini dengan baik. "Banyak perkara saya belajar daripada mereka. Sebagai orang tua kita kena ajar mereka untuk sentiasa bersyukur dan percaya dengan kata hati sendiri. "Mereka melihat keadaan itu dan ternyata mereka berharap kita melakukan hal yang sama," ujarnya. Brad Pitt dan Angelina Jolie merupakan antara pasangan popular Hollywood selama 12 tahun dan mengambil keputusan bercerai pada 2016. Mereka memiliki tiga anak kandung dan mengambil tiga anak angkat. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!