suria

Kontroversi rumah tangga Laudya Cynthia Bella, Engku Emran, ini komen pengurus

Pengurus buka mulut mengenai hubungan rumah tangga Laudya Cynthia Bella dan suami.

KISAH rumah tangga pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan suami Engku Emran terus menjadi perbualan hangat netizen.

Ramai membuat spekulasi dan mendakwa hubungan pasangan ini sedang bergolak.

Lebih menguatkan spekulasi apabila Engku Emran menukar foto profil di Instagram dan tidak lagi mengikuti akaun isterinya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu gambar bertiga, sekarang hanya berdua! Tiba giliran Engku Emran 'unfollow' Laudya Cynthia Bella, tukar foto DP tanpa isteri

Menurut laporan Liputan6, pasangan ini masih mengunci mulut mengenai status rumah tangga mereka.

Malah, pengurus kepada Laudya yang dikenali Emily berkata dia tidak mengetahui mengenai kontroversi tersebut dan enggan mengulas mengenai khabar angin itu.

"Waduh, saya tak tahu tentang itu," katanya.

Pasangan ini berkahwin pada 8 September 2017 di Kuala Lumpur.

Menerusi Instagram Laudya, beberapa bulan terakhir ini pelakon filem Surga Yang Tak Dirindukan ini dilihat berada di Indonesia dan bukannya Malaysia bersama suami.

Menjawab persoalan itu, ini jawapan Emily!

"Tak tahu... saya belum sempat hubungi Laudya," katanya ringkas.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain