suria

Sering disangka sombong, Nancy (MOMOLAND) dedah perangai sebenar

Ramai orang sangka Nancy pendiam dan sombong.

AHLI Kumpulan MOMOLAND iaitu Nancy mengakui berasa malu apabila rakan-rakan mengusik mengenai kemunculannya dalam beberapa program variasi ketika zaman kanak-kanak.

Menerusi laporan Soompi, Nancy bagaimanapun bersyukur kerana masih ada lagi peminat yang mengingati dan mengenali dirinya menerusi program tersebut.

Nancy juga memberitahu biarpun ramai orang melihatnya mempunyai karekter pendiam dan sombong namun dia sebenarnya seorang yang suka ketawa.

"Saya berasa agak malu dengan zaman kanak-kanak. Tapi disebabkan rakan-rakan saya suka menyakat saya. Sejujurnya saya rasa bersyukur kerana masih ada lagi yang ingat dan kenal saya.

"Sebenarnya saya banyak dengar yang orang kata saya ini nampak seperti pendiam dan sombong. Walaupun realiti, saya suka gelak dan saya tidak banyak personaliti seperti yang diperkatakan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Nancy, MOMOLAND

Artikel Lain