DALAM diam, rupa-rupanya pelakon Emma Roberts sedang hamil anak pertama dengan kekasihnya iaitu Garrett Hedlund. Bagaimanapun sehingga kini pasangan ini masih mengunci mulut mengenai perkara tersebut. Memetik laporan Hollywoodlife, Emma Roberts, 29, buat pertama kali muncul di khalayak umum bersama teman lelakinya itu selepas berita kehamilannya diperkatakan. Penampilan Emma dengan menggayakan baju sejuk bersaiz besar dengan memakai penutup muka (face mask) ketika berada di lapangan terbang menarik perhatian umum. Emma dan Garrett mula menjalinkan hubungan cinta sejak awal 2019 selepas berpisah dengan bekas tunangnya yang juga pelakon Evan Peters sekitar Januari 2019. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!