suria

Jungkook (BTS) bintang Kpop paling dicari di Google tahun 2020

BTS cipta populariti antarabangsa. Dari kiri; V, Jungkook, Jin.

KUMPULAN BTS terus mencipta populariti antarabangsa apabila salah seorang anggota mereka iaitu Jungkook merupakan individu paling dicari menerusi laman web Google.

Menurut laporan Allkpop, berdasarkan data daripada laman popular dunia itu, Jungkook merupakan artis Kpop yang mendapat carian tertinggi bagi separuh tahun 2020.

Namanya menduduki tangga pertama sepanjang tempoh 22 minggu di laman tersebut.

Tempat kedua adalah V, diikuti oleh Jimin dan Suga, manakala kedudukan kelima adalah Lisa yang merupakan ahli kumpulan Blackpink.

Selain itu, Jungkook turut menjadi selebriti menerima tontonan paling tinggi di aplikasi TikTok.



Laporan data daripada Google.

Ini bukan kali pertama nama Jungkook menjadi sebutan di media sosial, malah sebelum ini dilaporkan menerusi Twitter, Jungkook menjadi satu-satunya artis menerima lebih dua juta tanda suka untuk lima hantaran yang ditulisnya di laman tersebut.

Dia turut menjadi individu paling dicari di laman YouTube sepanjang tahun ini.

Sehingga kini, BTS menjadi kumpulan paling popular di Korea Selatan dan negara lain.

Hal itu dilaporkan oleh sebuah institut kajian jenama di Korea Selatan yang mengambil kira analisis berita sehingga pembabitan terhadap produk dan sebagainya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Jungkook, BTS

Artikel Lain