suria

Awas! Komen jahat terhadap BTS... agensi minta ARMY buat laporan untuk tindakan undang-undang!

Big Hit Entertainment akan terus melaporkan komen buruk berniat jahat terhadap kumpulan BTS.

AGENSI pengurusan BTS, Big Hit Entertainment komited dalam menangani salah laku jenayah siber yang ditujukan kepada artis naungan mereka.

Menurut laporan Soompi, Big Hit Entertainment berkata mereka sudah mengumpulkan bukti dan komen kebencian yang ditulis oleh netizen di media sosial.

"Berdasarkan aduan kami sebelum ini, beberapa pihak telah dijatuhi hukuman denda dan polis sedang menyiasat mereka yang terbabit sama.

"Selama proses dakwaan itu, ada yang berusaha untuk membuat tawaran penyelesaian tapi kami tetap dengan prinsip untuk tidak memberikan keringanan hukuman," kata Big Hit Entertainment menerusi satu kenyataan.

Sebelum ini, ada beberapa pihak sudah dihadapkan ke mahkamah dan sedang menanti keputusan, malah Big Hit Entertainment juga merancang untuk membuat lebih banyak aduan dan tuntutan ganti rugi.

Dalam masa sama, Big Hit Entertainment turut meminta peminat BTS yang menggelarkan diri mereka ARMY membantu melaporkan sebarang penulisan buruk yang ditujukan kepada kumpulan Kpop popular itu.

"Kami akan terus mengumpulkan bukti melalui pemantauan di internet. Kami akan lebih kerap melaporkan dan menghapuskan sebarang bentuk hantaran negatif.

"Kami memohon peminat terus memberikan bukti secara aktif kepada pihak kami. Big Hit Entertainment ingin berterima kasih atas sokongan dan kasih sayang yang diberikan oleh anda kepada BTS.

"Kami akan terus bekerja keras melindungi hak-hak artis kami," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

BTS, Big Hit Entertainment

Artikel Lain