suria

Gigi Hadid akhirnya buat pendedahan hamil 4 bulan, peminat tanya di IG Live

Gigi mengaku dia kini sedang hamil anak pertama.

SETELAH lama mendiamkan diri akhirnya model terkenal Gigi Hadid mengakui dia kini sedang hamil dan kandungannya sudah mencecah empat bulan.

Memetik laporan Hollywoodlife, Gigi mendedahkan perkara itu selepas menerima pertanyaan daripada peminat yang ingin mengetahui rahsia dia menyorokkan baby bump menerusi IG Live baru-baru ini.

"Kandungan saya kini sudah mencecah empat bulan dan perut saya pun semakin membesar. Tapi posisi saya duduk dengan memakai baju besar membuatkan baby bump saya tidak kelihatan," katanya.



Gigi hamil anak Zayn Malik.

Pada sekitar April lalu, Gigi dilaporkan hamil anak pertama bersama pasangannya yang juga penyanyi Zayn Malik namun mereka hanya mengunci mulut mengenai perkara itu.

Sepanjang tempoh perintah berkurung (lockdown) akibat wabak Covid-19, Zayn tinggal bersama Gigi Hadid dan keluarganya di Pennsylvania.

Pasangan itu dilaporkan kembali bercinta selepas mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan pada Januari 2019.

Gigi, 25, atau nama sebenarnya, Jelena Noura Hadid adalah model Amerika-Palestin, manakala Zayn, 27, atau nama sebenarnya Zain Javadd Malik adalah rakyat Britain berketurunan Pakistan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Gigi Hadid, Zayn Malik,

Artikel Lain