suria

Charlize Theron tak suka mengajar anak di rumah, sanggup ambil 'job' filem aksi berturut-turut

Pelakon antrabangsa Charlize Theron tidak gemar mengajar anak-anak di rumah.

AKTRES terkenal antarabangsa Charlize Theron berhadapan cabaran yang sukar apabila terpaksa melakukan pembelajaran di rumah (home-schooling) untuk anak-anaknya sepanjang tempoh kuarantin.

Charlize bercerita pengalamannya mengajar dua anak angkatnya iaitu Jackson, 8, dan August, 4, menerusi temubual bersama Willie Geist untuk rancangan Today.

"Cabaran terbesar untuk saya sepanjang kuarantin adalah home-schooling.

"Ia masa yang penuh dengan tekanan dan saya sanggup jalani penggambaran untuk mana-mana filem aksi berulang kali sebelum terpaksa mengajar anak-anak saya di rumah lagi!" kata Charlize.



Charlize Theron bersama salah seorang anak angkatnya, Jackson.

Dalam temubual bersama Daily Mail pada tahun lalu, pelakon Mad Max: Fury Road ini mendedahkan anak perempuannya, Jackson, merupakan seorang transgender yang lahir sebagai lelaki.

Namun, pada usia tiga tahun Jackson tidak mahu mengakui dirinya seorang kanak-kanak lelaki dan keputusan itu dituruti Charlize.

"Ya, saya juga fikir dia seorang lelaki sehinggalah pada satu masa ketika dia berumur tiga tahun, dia memandang saya dan berkata yang dia bukan lelaki.

"Jadi, itulah dia! Saya mempunyai dua orang anak perempuan yang cantik. Seperti ibu-ibu lain, saya ingin melindungi mereka dan lihat anak-anak saya berjaya," ujarnya.

Sumber: Daily Mail

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Charlize Theron

Artikel Lain