suria

Tiga bulan bawa kekasih mat salih peluk Islam, Cita Citata umum batalkan pernikahan - “Bagus kerana masih belum terlambat”

Penyanyi Indonesia Cita Citata sudah mengakhiri hubungan cinta yang lama terjalin.

PENYANYI terkenal Indonesia Cita Citata mendedahkan hubungan cinta dengan kekasihnya iaitu Roy Geurts yang terjalin sjeik setahun lalu putus di tengah jalan.

Pasangan itu juga sepatutnya melangsungkan pernikahan dalam masa terdekat bersetuju untuk tidak meneruskan rancangan itu atas sebab tertentu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih baru peluk Islam ditanya tentang sunat... ini komen Cita Citata!

Ketika ditanya liputan6 tentang punca hubungan itu berakhir, penyanyi dangdut tersebut tidak memberikan jawapan yang pasti.

"Saya tidak boleh beritahu kerana yang menghadapinya saya, jadi saya tahu apa yang harus saya lakukan. Orang lain hanya tahu bercakap.

"Jadi, saya minta agar semua orang faham yang saya tidak boleh beritahu terus-terang.

"Mudah-mudahan yang terbaik untuk saya, hidup saya dan semua orang di sekeliling," ujar penyanyi itu.

Menurut sumber, terdapat beberapa perkara yang membuat Cita Citata berasa tidak selesa dengan hubungan itu.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Sakitnya Tuh Disini ini bersyukur ia sudah pun berakhir sebelum terlambat.

"Banyak sebab termasuk keserasian, keharmonian, prinsip dan juga kehidupan.

"Sekiranya ada lelaki yang saya kenalkan kepada semua orang, itu tak bermaksud saya main-main. Keputusan ini juga dibuat supaya tiada hal buruk yang terjadi sebaliknya ia bagus kerana masih belum terlambat," kata Cita Citata.

Pada April lalu, Cita Citata mendedahkan kekasih 'mat salih' Roy Geurst memeluk agama Islam dan mereka merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Cita Citata

Artikel Lain