suria

Jay Park sekali lagi umum bersara - “Saya rasa boleh pergi tanpa rasa menyesal”

Penyanyi rap terkenal Jay Park dedah mahu bersara dari industri muzik.

PENYANYI rap terkenal Jay Park sekali lagi mengumumkan rancangannya untuk bersara dari industri muzik.

Jay Park mengumumkan berita itu menerusi perkongsian di Instagram pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi ruang, Jay Park umum bakal bersara

"Lagu ini benar-benar beri isyarat tentang persaraan saya.

"Saya rasa saya boleh pergi tanpa rasa menyesal sebab saya dah buat yang terbaik," katanya.

Ini bukan kali pertama penyanyi itu menyatakan hasratnya untuk bersara.

Dalam sebuah temubual pada 2018, Jay Park pernah menyatakan keinginannya untuk bersara awal.

Pada April tahun lalu, Jay Park juga pernah memberitahu peminatnya di Twitter bahawa dia akan bersara dalam dua atau tiga tahun lagi.

"Saya sedang memikirkan untuk bersara awal. Tak mudah untuk mencurahkan tenaga kepada ramai orang," ujarnya.

Sumber: allkpop

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Jay Park

Artikel Lain