suria

Rumah tangga Christina Ricci dan James Heerdegen bakal berakhir selepas tujuh tahun berkongsi hidup

Christina buat keputusan berpisah dengan James selepas tujuh tahun berkahwin.

PELAKON Christina Ricci dikatakan sudah mengambil keputusan untuk bercerai dengan suaminya, James Heerdegen selepas tujuh tahun mereka mendirikan rumah tangga.

Memetik laporan Hollywoodlife, Christina telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga penerbit filem pada Khamis.

Malah, Christina turut memohon hak penjagaan sepenuhnya anak lelaki mereka iaitu Freddie yang kini berusia lima tahun.

Bagaimanapun, sehingga kini Christina mahupun James memilih untuk mengunci mulut dan enggan memberi sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

Christina dan James mula berkenalan serta mula menjalinkan hubungan rapat selepas mereka bekerjasama menerusi drama bersiri Pan Am sekitar tahun 2011.

Pasangan tersebut akhirnya mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada 26 Oktober 2013 dan mereka mengadakan majlis perkahwinan di Harold Pratt House, Manhattan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Christina Ricci, James Heerdegen,

Artikel Lain