PELAKON terkenal antarabangsa Orlando Bloom akui tidak sabar untuk menimang cahaya mata perempuan bersama penyanyi Katy Perry. Menerusi temubual bersama Good Morning America, Orlando, 43, berkongsi keterujaannya untuk menanti kelahiran cahaya matanya. ARTIKEL BERKAITAN: Katy Perry dan Orlando Bloom teruja bakal timang anak perempuan "Saya teruja nak jadi bapa untuk kali kedua. "Ia masa yang ajaib apabila seorang bidadari lahir ke dunia, itu yang saya rasakan," katanya. Pelakon filem Carnival Row ini turut berkongsi perkara yang paling dinanti-nantikan menjelang kelahiran bayinya. "Saya nantikan waktu tengah malam di mana saya akan berjaga untuk menyediakan susu. "Saya nantikan saat itu kerana saya sukakan keadaan sunyi di mana dunia terasa seperti ia sedang tidur dan anda ada seorang bayi yang juga sedang tidur," ujarnya. Tunangnya, Katy dijangka bakal melahirkan bayi berkenaan dalam masa beberapa minggu. Ini merupakan cahaya mata kedua Orlando dan yang pertama bagi Katy. Sumber: Hollywoodlife