suria

Bella Hadid berang Instagram padam 'posting' selepas mengaku bangga berdarah Palestin - “Kamu tak boleh padam sejarah keturunan kami!”

Bella Hadid berang tindakan Instagram padam postingnya

SUPER model terkenal Bella Hadid menempelak tindakan pihak Instagram kerana memadam salah satu hantarannya di Instastory berkaitan tempat kelahiran bapanya pada Rabu.

Bella, 23, yang juga berdarah kacukan Palestin-Belanda ini menjelaskan dia tidak menyangka tindakannya memuat naik gambar pasport tamat tempoh milik bapanya iaitu Mohamed Anwar Hadid bagi menunjukkan tempat kelahiran di Palestin itu melanggar undang-undang komuniti Instagram.

"Instagram telah memadam hantaran saya di Instastory menunjukkan pasport warganegara Amerika Syarikat milik ayah yang terpapar tempat kelahirannya dia Palestin.

"Dimana kesalahan saya sehingga dikatakan melanggar undang-undang buli, paparan melampau serta gambar lucah?," tulis Bella.

Bella berang tindakan Instagram padam perkongsiannya.

Bella atau nama sebenarnya Isabella Khair Hadid yang juga adik kepada model Gigi Hadid ini bagaimanapun memuat naik kembali paparan tersebut di Instastorynya.

Anak kepada taikun hartanah terkenal ini juga menyeru agar pengikutnya turut serta berasa bangga dengan tanah kelahiran ibu bapa masing-masing.

"Adakah kita dilarang untuk menjadi rakyat Palestin di Instagram? Anda (Instagram) tidak boleh memadam sejarah keturunan dengan menutup mulut kami.

"Saya bangga mempunyai darah keturunan Palestin, setiap orang patut berkongsi dan paparkan di mana ibu-bapa anda lahir. Ingatkan mereka (Instagram) bahawa kita berbangga dengan asal-usul ibu bapa kita!," tegas Bella.

Artikel Lain