AKTOR terkenal antarabangsa Johnny Depp menafikan dia pernah menampar bekas isterinya, aktres Amber Heard berikutan didakwa mempersenda rekaan tatu bertulis 'wino forever' di bahu kanan aktor itu bermaksud pemabuk. Peguam kepada akhbar The Sun, Sasha Wass yang disaman fitnah oleh Johnny itu berkata, pelakon yang berusia 57 tahun itu telah menyerang Amber yang mana wanita itu masih lagi sebagai teman wanitanya.ARTIKEL BERKAITAN: Johnny Depp menyesal pernah jatuh cinta dengan bekas isteri "Heard ketawakan tatu awak. Ketika itu memang awak berkelakuan seperti seorang yang ketagihan alkohol dan sangat sensitif. "Kemudian awak tampar Heard di pipinya dan itu kali pertama ia terjadi," kata Wass. Johnny Depp dan Amber berkahwin pada tahun 2015 sebelum bercerai pada 2017. Aktor filem Pirates of The Caribbean ini berkata dia tidak memngingati saat Amber bergurau tentang tatunya dan tidak pernah menampar aktres itu. Bagaimanapun, Johnny mengakui dia mempunyai masalah ketagihan alkohol dan dadah. "Ia tidak benar. Ia tidak berlaku... saya tak pukul dia. "Saya hanya putus asa, selepas lebih kurang 160 hari saya tidak lagi bebas dari alkohol," kata Johnny ketika di mahkamah. Winona Ryder, bekas tunang Johnny Depp menafikan dakwaan aktor itu seorang kaki pukul sepanjang perkenalan mereka. Johnny sebelum ini mempunyai tatu di bahagian bahu kanannya yang tertulis 'winona forver' yang didedikasikan kepada bekas tunangnya, aktres terkenal Winona Ryder dan telah mengubah tulisan tersebut kepada 'wino forever' selepas pasangan itu berpisah. Dalam pada itu, Winona akan turut menghadiri perbicaraan tersebut secara maya, bersama seorang lagi bekas kekasih Johnny, penyanyi Perancis Vanessa Paradis. Kedua-dua wanita menyangkal pertuduhan yang dibuat terhadap Johnny bahawa dia seorang kaki pukul. Menerusi kenyataan yang dibuat Winona, selama dia mengenali Johnny, dia tidak pernah bertindak ganas terhadap Winona malah merasakan tuduhan itu tidak masuk akal. "Jelas sekali saya tidak pernah berada dengan Johnny dan Amber sepanjang perkahwinan mereka. "Idea bahawa dia seorang yang sangat ganas adalah perkara yang sama sekali jauh dari Johnny yang saya kenal dan sayang. "Tuduhan ini tak masuk akal langsung pada saya," kata Winona. Sumber: Hollywoodlife Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!