suria

Jada Pinkett Smith buat pendedahan pernah curang terhadap Will Smith

Aktres Jada Pinkett Smith akui pernah berlaku curang terhadap suaminya, Will Smith.

AKTRES antarabangsa Jada Pinkett Smith mengakui pernah mempunyai hubungan dengan penyanyi August Alsina semasa dalam tempoh berpisah dengan suaminya, pelakon Will Smith.

Jada, 48, menerusi temubual rancangan Facebook miliknya iaitu Red Table Talk mendedahkan dia pernah menjalinkan persahabatan dengan August kira-kira empat tahun lalu sebelum ia menjadi lebih serius.

Katanya, pada waktu itu dia dan suaminya sedang dalam keadaan dingin dan boleh dikatakan telah berpisah walaupun bukan secara rasmi.

Temubual itu diadakan selepas pasangan itu menafikan kenyataan August bahawa Will merestui hubungannya bersama Jada.



Jada menjelaskan perkara sebenar kepada suaminya, Will Smith tentang hubungannya dengan August Alsina.

Jada menjelaskan dia dan Will bertemu August melalui anak lelaki mereka iaitu Jaden di mana August ketika itu sedang sakit.

"Ia bermula apabila dia memerlukan bantuan... saya ingin membantu keadaan kesihatan mentalnya.

"Belas kasihan yang keluarga kita curahkan padanya ketika itu hanya kerana kesihatannya. Kita juga jumpa pelbagai cara untuk membantu dia dan dari situ saya dan awak juga sedang melalui waktu-waktu yang sukar.

"Tiada siapa yang boleh beri izin untuk saya ada hubungan dengan dia kecuali diri saya

"Kita dah berpisah waktu itu, saya rasa sebab itu August kata dia dapat restu awak.

"Saya rasa dia juga nak beritahu yang dia bukan perosak rumah tangga... dan dia bukan begitu," kata Jada.

Bagaimanapun, August berundur diri selepas Will dan Jada membuat keputusan untuk perbaiki masalah rumah tangga mereka.

Sumber: Hollywoodlife



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain