suria

Rumah Amitabh Bachchan diisytihar zon larangan, kini ditutup untuk kerja pembersihan

Kediaman Amitabh Bachchan jadi zon larangan. FOTO WIONEWS.

KEDIAMAN pelakon Bollywood Amitabh Bachchan di Juhu, Mumbai, India ditutup bagi tujuan pembersihan selepas aktor veteran dan beberapa ahli keluarganya disahkan positif Covid-19 pada Ahad.

Pihak berkuasa tempatan, Brihanmumbai Municipal Corporation (BMC) mengisytiharkan tempat tinggal aktor itu sebagai zon larangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Alami simptom ringan, Amitabh Bachchan, Abhishek disahkan positif Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Big B, Abhishek... kini Aishwarya dan anak disahkan positif Covid-19

Seperti dipetik Wionews, pihak BMC juga meletakkan sepanduk di depan rumah bintang Kabhi Khushi Kabhie Gham dan menutup laluan keluar masuk di kawasan itu.



Kediaman Amitabh Bachchan ditutup untuk kerja pembersihan. - FOTO ANI

Pihak BMC turut melakukan kerja-kerja pembersihan cecair anti virus di rumah berkenaan.

Sebelum ini, dunia hiburan dikejutkan dengan pengumuman Amitabh dan anaknya Abhisek di laman sosial bahawa mereka disahkan positif Covid-19 dan sedang dirawat di Nanavati Super Speciality.

Pada malam Ahad, menantunya Aishwarya Rai dan anak Aaradhya Bachchan turut disahkan positif virus berkenaan dan menjalani kuarantin di rumah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Amitabh Bachchan,

Artikel Lain