suria

Aurel Hermansyah tayang cincin, dilamar Atta Halilintar semasa ulang tahun kelahiran!

Aurel sudah dilamar Atta pada hari jadinya, baru-baru ini.

TEKA-TEKI mengenai status hubungan pasangan selebriti Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar terjawab apabila penyanyi itu mengesahkan dia sudah dilamar oleh YouTuber terkenal Indonesia itu.

Menerusi Instagram, anak kepada penyanyi Krisdayanti dan Anang Hermansyah ini berkongsi berita gembira dilamar Atta pada Jumaat lalu.

Menurut Aurel, 22, setelah tujuh bulan berkenalan, mereka memilih untuk meneruskan hubungan itu ke fasa lebih serius.

ARTIKEL BERKAITAN: Aurel Hermansyah sedia kahwin muda dengan Atta Halilintar - “Buang masa bercinta lama-lama!”

“Tujuh bulan perkenalan, pada 10 Julai kamu (Atta) bertanyakan keseriusan aku dalam hubungan kita... Atta Halilintar Alhamdulillah!, ” tulisnya.

Perkongsian Aurel di Instagram.

Bersama kapsyen tersebut dia berkongsi foto bersama cincin yang disarung di jari manisnya itu.

Foto tersebut dipercayai dirakamkan ketika sambutan ulang tahun kelahiran Aurel yang ke-22, baru-baru ini.

Majlis tersebut merupakan kejutan yang dilakukan oleh Atta kepada kekasihnya itu.

Sementara itu, rata-rata peminat meluahkan rasa gembira dan teruja dengan perkhabaran tersebut.

Peminat mahu Aurel dan Atta segera bernikah.

Ramai mendoakan supaya pasangan ini segera mendirikan rumah tangga.

Sebelum ini, Aurel dan Atta lebih selesa tidak mengulas mengenai status hubungan mereka dan membiarkan peminat terus berteka-teki.

Awal Jun lalu, Aurel memberi bayangan sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan Atta dalam masa terdekat.

Aurel berkata dia mempunyai alasan tersendiri memilih untuk berkahwin di usia muda.

Hubungan mereka itu turut mendapat restu keluarga dan dikatakan mereka merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan di Bali, Indonesia tidak lama lagi.

Artikel Lain