suria

Naya Rivera disyaki lemas, bintang 'Glee' Lea Michele tutup akaun Twitter tak tahan komen negatif netizen

Lea turut bersedih dengan berita kehilangan Naya, baru-baru ini. Foto: EONLINE

BINTANG Glee, Lea Michele menyahaktifkan akaun Twitter miliknya yang memiliki lebih empat juta pengikut sejak beberapa hari lalu.

Menurut laporan CNN, Lea memilih untuk menutup akaun laman sosial tersebut kerana komen-komen jahat yang ditulis netizen.

Ini selepas kehilangan rakan seperjuangan, Naya Rivera yang dipercayai lemas di sebuah tasik di California, Amerika Syarikat pada 8 Julai lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bintang 'Glee' Naya Rivera hilang, disyaki lemas

Rata-rata peminat membuat andaian Lea bertindak menutup media sosial miliknya kerana sudah tidak tahan dengan pelbagai komen sensitif yang ditulis oleh netizen.

"Lea tutup akaun kerana ramai orang komen jahat di muat naiknya dengan meminta sepatutnya dia yang pergi dan bukannya Naya... mereka memang gila.

"Tutup akaun sebab kes Naya? Adakah dia buat jahat dulu? Ya. Dia mengaku tapi sekarang dia cuba jadi lebih baik. Apakah Naya hilang sebab kesalahannya? Tidak! Saya yakin dia sekarang sedang bersedih sama dengan bintang Glee lain!," tulis netizen.

Semasa membintangi Glee, Lea dan Naya pernah berdepan beberapa konflik perhubungan, bagaimanapun mereka kelihatan akrab sejak kebelakangan ini.

Kali terakhir, Naya dilihat meninggalkan komen di salah satu foto kehamilan yang dimuat naik Lea di Instagram pada April lalu.

Naya Rivera dilaporkan hilang selepas anak lelakinya dijumpai bersendirian di atas sebuah bot di California, Amerika Syarikat.

Naya, 33, yang ditemani anaknya Josey Hollis Dorsey yang berusia empat tahun menyewa sebuah bot di Tasik Piru, Taman Negara Los Padres pada 8 Julai lalu.

Naya Rivera, Lea Michele

Artikel Lain