suria

Kylie Jenner ukir nama anak pada kereta Rolls Royce bernilai RM1.3 juta

Kylie Jenner ukir nama anak pada kereta mewah.

BINTANG sensasi Kylie Jenner mengukir nama anak perempuannya, Stormi Webster pada kereta jenama Rolls Royce miliknya.

Tulisan "Stormi's Mom" atau Ibu Stormi diukir di antara logo dan teks yang tertulis "special build" bermaksud binaan khas kereta mewah tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh! Kylie Jenner makan mi segera perisa ayam - “Dia pun rasa keperitan hujung bulan“

Di antara kesemua kereta mewah yang dimiliki usahawan kosmetik itu, Rolls Royce Wraith direka khas ini bernilai $320 ribu (RM1.3 juta).

Bagaimanapun, Kylie dilaporkan memiliki beberapa buah kereta model sama dan ini kemungkinan model Wraith berwarna hitam berdasarkan rekaan dalaman.

Foto ukiran itu dikongsikan Kylie di Instagram miliknya pada Rabu lalu namun telah dipadam.

Selain Rolls Royce Wraith, Kylie turut memiliki Rolls Royce Phantom, Mercedes G-Wagon, Ferrari LaFerrari, Ferrari 458 Italia, Lamborghini Aventador SV, Mercedes Maybach, Range Rover, Ferrari 488 Spider, dan Bugatti Chiron.

Namun, rata-rata peminat Kylie meluahkan rasa kecewa terhadap selebriti rancangan realiti itu yang terlalu menunjuk-nunjuk kemewahannya kerana masih ramai tidak mempunyai wang yang cukup untuk menyara hidup mereka.

Sumber: Hollywoodlife

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Kylie Jenner, Stormi

Artikel Lain