suria

Salah pakai kasut, Aurel Hermansyah terpelecok jatuh selepas dilamar Atta Halilintar

Aurel alami kecederaan pada bahagian kaki selepas dilamar Atta.

SELEPAS dilamar personaliti media sosial Atta Halilintar, penyanyi Aurel Hermansyah mendedahkan dia mengalami kecederaan pada bahagian kaki.

Aurel memberitahu kakinya tersadung dan hampir terjatuh ketika berada di kapal persiaran mewah yang menjadi lokasi Atta melamarnya.

Menerusi saluran YouTube The Hermansyah A6, Aurel memberitahu bapanya Anang dan ibu tirinya Ashanty mengenai kejadian mencemaskan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Aurel Hermansyah tayang cincin, dilamar Atta Halilintar semasa ulang tahun kelahiran!

"Aku ada cerita menyedihkan, aku jatuh dan kakiku bengkak! Sakit sangat, tak boleh nak pegang," kata Aurel.

Cerita Aurel itu membuatkan Anang serta Ashanty terkejut dan bertanyakan punca kemalangan itu berlaku.



Atta lamar Aurel atas kapal persiaran mewah di Jakarta.

"Jatuhnya di mana? Sakit tu?," tanya Ashanty.

"Sewaktu mahu pulang, saya salah pakai kasut... kasut jenama Dior itu licin sangat, dari kapal mahu naik ke atas, aku tak nampak ada lubang di tangga dan kaki termasuk lubang itu!," jawabnya.

Pada Isnin lalu, Aurel berkongsi berita gembira dilamar oleh YouTuber terkenal itu semasa ulang tahun kelahirannya yang ke-22 pada 10 Julai lalu.

Majlis istimewa itu diadakan di sebuah kapal persiaran mewah mengelilingi bandar Jakarta, Indonesia.

SUMBER: Liputan6

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain