suria

Isteri buat Raffi Ahmad cemburu sampai menangis

Nagita tak sangka suaminya mempunyai perasaan cemburu.

PELAKON Nagita Slavina secara tidak sengaja telah membuatkan suaminya yang juga pengacara terkenal Raffi Ahmad menangis gara-gara cemburu melihat isterinya berhubung dan bertemu dengan beberapa lelaki.

Memetik laporan Liputan6, Nagita tidak menyangka Raffi akan berasa cemburu terhadap lelaki lain memandangkan sebelum ini suaminya tidak pernah menunjukkan sikap tersebut.

Raffi beranggapan orang menghubungi Nagita itu adalah lelaki-lelaki yang cuba mendekati isterinya namun ia hanyalah salah faham antara mereka.

Rupa-rupanya tujuan Nagita berhubung dan bertemu dengan beberapa lelaki tersebut secara rahsia kerana ingin memberi kejutan istimewa iaitu hadiah jam tangan berjenama untuk Raffi.

Kejutan tersebut membuatkan Raffi berasa terharu dan terus memeluk isterinya serta mengucapkan terima kasih kerana pemberian hadiah itu.

Raffi dan Nagita mendirikan rumah tangga pada 17 Oktober 2014.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Rafathar Malik Ahmad yang kini berusia lima tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Nagita Slavina, Raffi Ahmad,

Artikel Lain