suria

Peminat luah hasrat mahu jadi isteri kedua Virgoun - “Hati saya sudah dimiliki isteri dan anak-anak”

Hati Virgoun sudah dimiliki oleh isteri dan anak-anaknya.

PENYANYI Virgoun mendedahkan dia menerima pertanyaan di Instagram daripada seorang wanita yang ingin mengetahui ciri-ciri yang dinginkan untuk menjadi isteri keduanya.

Bagaimanapun, Virgoun menjelaskan biarpun dalam agama Islam poligami dibenarkan namun ia bukan perkara yang wajib untuk dilakukan seseorang lelaki.

Malah, Virgoun memberitahu hatinya sudah dimiliki oleh empat orang tersayang iaitu isteri, Inara dan tiga orang cahaya matanya Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-sya'ir Virgoun dan Terang Sharique Virgoun.



Virgoun kongsi mesej peminat mahu jadi isteri keduanya.

"Alhamdulillah... agama Islam memang membenarkan poligami tapi tidak diwajibkan. Hati saya sudah dimiliki empat orang. Semoga anda cepat-cepat bertemu jodoh.

"Nasib baik di media sosial... Cuba kalau di dunia nyata, mungkin isteri saya boleh patahkan leher saya," kata Virgoun di laman Instagram miliknya.

Penyanyi lagu Surat Cinta Untuk Starla ini turut memuat naik paparan skrin mesej pertanyaan daripada netizen tersebut di laman sosial miliknya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Virgoun,

Artikel Lain