suria

Naya Rivera tak bunuh diri! Ini laporan bedah siasat mayat bintang 'Glee'

Bintang Glee, Naya Rivera ditemukan terapung di Tasik Piru, California.

KEPUTUSAN bedah siasat terhadap mayat bintang Glee Naya Rivera ditemukan terapung di Tasik Piru, California mendapati selebriti itu tenggelam secara tidak sengaja.

Hasil laporan Pejabat Pemeriksa Perubatan Daerah Ventura menunjukkan Naya meninggal disebabkan lemas dan tiada sebarang unsur bunuh diri atau jenayah lain.

Selain itu juga, bedah siasat turut mendapati tiada sebarang pengaruh ubat atau alkohol pada mayat.

ARTIKEL BERKAITAN: Bintang 'Glee' Naya Rivera hilang, disyaki lemas

ARTIKEL BERKAITAN: Lima hari hilang, mayat bintang ‘Glee’ Naya Rivera akhirnya ditemukan terapung di Tasik Piru

"Keputusan bedah siasat konsisten menunjukkan lemas dan keadaan mayat juga konsisten dengan masa dia tenggelam.



Tasik Piru lokasi Naya ditemukan lemas.

"Tiada kecederaan trauma atau proses penyakit diidentifikasikan pada autopsi.

"Tidak ada petunjuk daripada siasatan atau pemeriksaan bahawa terdapay dadah atau alkohol," tulis kenyataan tersebut.

Sebelum ini, Naya, 33, dilaporkan hilang selepas anak lelakinya, Josey Hollis Dorsey, 4, dijumpai bersendirian di atas sebuah bot yang disewa.

Naya dikatakan menyewa bot tersebut sekitar jam 1 petang sebelum Josey ditemukan di atas bot itu tiga jam kemudian.

Menurut laporan CBS Los Angeles, kanak-kanak itu memberitahu dia dan ibunya berenang di tasik itu namun Naya tidak naik semula ke atas bot.

Mayat Naya kemudian ditemukan terapung di tasik berkenaan pada Selasa iaitu lima hari selepas dilaporkan hilang.

Sumber: Hollywoodlife

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Naya Rivera, Glee

Artikel Lain