suria

Lima hari hilang, mayat bintang ‘Glee’ Naya Rivera akhirnya ditemukan terapung di Tasik Piru

Mayat Naya Rivera ditemui terapung selepas lima hari dilaporkan hilang.

MAYAT bintang siri televisyen Glee yang dilaporkan hilang lima hari lalu ditemui terapung di Tasik Piru, Selatan California, Amerika Syarikat pada Isnin.

Sherif Daerah Ventura Bill Ayub mengesahkan berita itu ketika sidang akhbar di tepi tasik berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bintang 'Glee' Naya Rivera hilang, disyaki lemas

"Kami yakin mayat yang dijumpai ialah Naya Rivera berdasarkan lokasi, sifat fizikal, pakaian dan keadaan fizikal mayat, serta ketiadaan kes kehilangan lain yang dilaporkan.

"Tiada petunjuk mengatakan ini merupakan kes bunuh diri atau khianat," katanya.

Sebelum ini, Naya, 33, dilaporkan hilang selepas anak lelakinya, Joesy Hollis Dorsey, 4, dijumpai bersendirian di atas sebuah bot yang disewa.

Naya dikatakan menyewa bot itu sekitar jam 1 petang sebelum Josey ditemui di atas bot tersebut tiga jam kemudian.

Josey ditemui dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut laporan CBS Los Angeles, kanak-kanak itu memberitahu dia dan ibunya berenang di tasik nemun Naya tidak naik semula ke atas bot.

Sumber: Hollywoodlife

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Naya Rivera, Glee

Artikel Lain