suria

Hayden Panettiere dedah pernah menjadi mangsa penderaan bekas kekasih, Brian Hickerson

Hayden dedah kisah benar disebalik hubungan cintanya dengan Brian.

SELEPAS bekas kekasih, Brian Hickerson ditahan atas kesalahan serangan suami isteri, pelakon Hayden Panettiere mendedahkan dia juga pernah menjadi mangsa penderaan lelaki tersebut.

Memetik laporan Hollywoodlife, peguam yang mewakili Hayden iaitu Alan Jackson memberitahu anak guamnya mahu berkongsi kisah penderaannya bagi membantu siasatan.

"Selepas beberapa tahun menderita menjadi mangsa dera secara psikologi, emosi, dan beberapa penderaan fizikal, Hayden dalam proses mendapatkan semula kehidupannya.

"Hayden sudah jumpa kekuatan dan semangat untuk berkongsi kisah benar mengenai penderaan yang diterima dan pelakunya. Dia berhasrat untuk membantu pihak pendakwa mendapatkan kebenaran," katanya.

Brian ditahan pihak polis pada Jumaat dan dia perlu membayar lebih RM3 juta (USD320,000) untuk ikat jamin.



Hayden dan bekas kekasihnya.

Dalam pada itu, Hayden menjelaskan tujuan dia berkongsi mengenai kisah kehidupannya itu demi membantu mangsa penderaan dalam hubungan mendapatkan pertolongan yang sepatutnya.

"Saya tampil mendedahkan kisah benar tentang apa yang berlaku pada saya dengan harapan cerita saya ini dapat memberikan semangat kepada mangsa dera dalam hubungan cinta untuk dapatkan pertolongan.

"Saya juga telah bersiap sedia untuk memastikan tiada lagi lelaki yang akan menyakiti wanita lain. Saya sangat bersyukur kerana mempunyai orang sekeliling yang menyokong.

"Mereka banyak membantu saya mencari kekuatan untuk menceritakan kepada umum mengenai kehidupan saya," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain