suria

Orlando Bloom sentiasa di sisi Katy Perry, berusaha jadi pelindung keluarga yang terbaik

Katy dan Orlando sudah melakukan persiapan untuk menyambut kelahiran bayi mereka.

MESKIPUN perlu berdepan dengan pelbagai cabaran dan emosinya terganggu untuk menjadi seorang ibu buat pertama kali, penyanyi Katy Perry tetap melakukannya dengan baik.

Memetik laporan Hollywoodlife, sumber terdekat memberitahu tunang kepada Katy iaitu pelakon Orlando Bloom sentiasa ingin berada disamping penyanyi itu dalam semua keadaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Katy Perry pilih nama mendiang nenek untuk bakal cahaya matanya

Orlando juga mengakui dia juga melalui banyak cabaran untuk menjadi seorang bapa namun akan berusaha untuk melindungi keluarganya di masa hadapan.



Orlando mahu sentiasa berada disisi Katy.

"Katy bukan sahaja berdepan dengan pelbagai emosi untuk menjadi seorang ibu buat pertama kali tetapi dia juga melakukannya dalam keadaan yang luar biasa. Orlando sentiasa mahu berada disisi Katy.

"Tetapi pada masa yang sama dia juga melalui pelbagai cabaran untuk menjadi seorang bapa di masa hadapan seperti mana dia perlu menjadi pelindung keluarganya," katanya.

Katy dan Orlando juga kini teruja melakukan persiapan untuk menyambung kelahiran anak sulung mereka.

Pada April lalu, Katy dan Orlando mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Katy Perry, Orlando Bloom,

Artikel Lain