suria

Raffi Ahmad berminat beli rumah mewah Laudya Cynthia Bella, tapi mahu ‘nego’ harga bekas kekasih

Raffi mahu berbincang dengan Laudya mengenai kediaman tersebut.

PELAKON Raffi Ahmad menyatakan minat untuk membeli kediaman mewah milik aktres Laudya Cynthia Bella yang terletak di Jakarta Selatan, Indonesia.

Raffi bagaimanapun berkata dia masih belum memutuskan mengenai perkara itu kerana belum berkesempatan bertemu Laudya.

"Memang rumah Bella mahu dijual cuma tak tahu lagi nak beli atau tidak sebab belum sempat berkomunikasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum reda gosip cerai muncul pula kisah dakwaan muflis, Laudya Cynthia Bella nak jual rumah RM3.6 juta!

"Bella pun ada di Bandung kan? Saya tak tahu kenapa dia nak jual rumah... mahu beli rumah lagi mungkin, kan rumahnya banyak," kata Raffi menerusi saluran YouTube RANS Entertainment.

Sementara itu suami kepada Nagita Slavina itu mengakui tertarik dengan kediaman tersebut namun perlu melihat terlebih dahulu sebelum proses jual beli dilakukan.



Laudya bercerai dengan Engku Emran dan mahu jual kediaman mewah di Jakarta.

"Kalau harganya sesuai dan Laudya mahu beri harga sahabat atau harga bekas kekasih... siapa tahu lebih murah.

"Cuma buat masa ini belum berbual lagi dengannya mengenai perkara ini," ujarnya.

Pada Jun lalu, Laudya dilaporkan ingin menjual kediaman mewahnya yang dikatakan bernilai RM3.6 juta.

Gara-gara ingin menjual banglo tersebut, netizen mendakwa Laudya tidak lagi tinggal sebumbung bersama suaminya dan terpaksa menjual rumah tersebut kerana sudah muflis.

Namun teka-teki status rumah tangga pelakon Laudya dan usahawan dari Malaysia, Engku Emran terjawab apabila aktres cantik itu mengesahkan mereka sudah bercerai pada 1 Julai lalu.

SUMBER: Tribunnews

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain