SETELAH lapan tahun hidup bersama, penyanyi HaHa berkongsi sebab utama dia mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan pasangannya iaitu Byul. Memetik laporan Soompi, HaHa memberitahu ketika itu kehidupannya berasa kosong dan beranggapan dia hanya akan gembira selepas berkahwin dengan Byul. "Ketika itu, saya tidak berasa gembira dengan kehidupan. Jadi saya mula berfikir mahu berkahwin untuk hidup bahagia. Kemudian, ada satu hari... saya bermimpi tentang isteri saya. "Saya tahu ia merupakan mesej daripada Tuhan, jadi saya terus hubungi dia. Saya rasa kami terlalu banyak buang masa di tempat yang salah. Saya beritahu dia, tidak perlu buang masa lagi dan kahwini saya," katanya. HaHa dan isterinya yang juga seorang penyanyi itu mendirikan rumah tangga pada 2012. Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ha Dream, 7, HA Soul, 3 dan Ha Song yang kini berusia satu tahun. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!