suria

Justin Bieber boleh minta Twitter jejak pemilik akaun dakwa jadi mangsa serangan seksual

Justin nafi dakwaan dia melakukan gangguan seksual terhadap dua wanita.

MAHKAMAH membenarkan penyanyi Justin Bieber meminta pihak Twitter mengenal pasti identiti dua wanita yang menuduhnya melakukan gangguan seksual dan menyebarkannya di laman sosial tersebut.

Peguam yang mewakili Bieber iaitu Evan N. Spiegel memberitahu berkemungkinan besar dalang di sebalik dua akaun Twitter yang menyebarkan perkara itu adalah individu sama.

"Kami hanya ingin mencari dalang di sebalik dua akaun tersebut dan kemungkinan pemilik akaun itu adalah orang yang sama" katanya menerusi laporan Deadline.com.

Sebelum ini Bieber memfailkan saman berjumlah RM43 juta setiap seorang terhadap dua wanita dikenali Danielle dan Kadi di di Mahkamah Los Angeles.

Bieber bersama isterinya, Hailey Bieber.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan agar Bieber mengenal pasti terlebih dahulu identiti mereka sebelum meneruskan tindakan selanjutnya.

Berhubung tuduhan tersebut, Bieber ternyata memiliki alibi kukuh untuk membuktikan dakwaan wanita itu tidak benar.

Pada Jun lalu, dua wanita tampil membuat tuduhan pernah diganggu secara seksual oleh Bieber.

Wanita pertama mendakwa Bieber mencabulnya pada 2014, manakala wanita kedua mengatakan dia dicabul pada 2015.

Bagaimanapun, Bieber menafikan dakwaan itu dan mengambil serius isu tuduhan berkenaan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Justin Bieber, Hailey Bieber,

Artikel Lain