suria

Demi Lovato, Max Ehrich bertunang!

Demi Lovato dan Max Ehrich sudah bertunang pada Khamis.

PENYANYI terkenal antarabangsa Demi Lovato mengumumkan sudah mengikat tali pertunangan dengan teman lelakinya, aktor Max Ehrich.

Penyanyi berusia 27 tahun itu berkongsi khabar gembira tersebut di laman Instagram pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi Lovato jual rumah selepas insiden ‘overdose’ dadah

Menerusi perkongsian tersebut, Demi dilihat mengenakan gaun putih di pantai Malibu, California, Amerika Syarikat.

Foto itu diambil selepas Max melamar Demi.

Penyanyi lagu Skyscraper ini turut meluahkan rasa teruja dengan kapsyen menyentuh hati.

"Saya tahu saya mencintai awak pada saat pertama saya bertemu awak. Ia sesuatu yang tidak dapat saya jelaskan kepada sesiapa tetapi nasib baik awak juga faham... saya tak pernah rasa disayangi seperti ini sepanjang hidup.

"Awak tak pernah mendesak saya untuk menjadi seseorang yang bukan diri saya. Awak juga buat saya mahu menjadi diri saya yang terbaik.

"Saya berbesar hati untuk terima lamaran awak. Saya sayang awak lebih dari apa yang kapsyen ini boleh terangkan. Saya sangat teruja untuk mulakan keluarga dan hidup baru bersama awak. Saya sayang awak selamanya," tulis Demi.

Spekulasi hubungan Demi dan Max bermula apabila Demi dilihat di dalam siaran langsung Instagram (IG Live) Max pada awal Mac lalu.

Pasangan itu kemudian secara terbuka berkongsi foto bersama di Instagram masing-masing.

Sumber: Hollywoodlife

Nak macam-macam info? Join grup Telegram
Demi Lovato, Max Ehrich

Artikel Lain