suria

Khabar angin Blackpink, Selena Gomez kolaborasi dalam lagu baharu... ini jawapan agensi!

Agensi pengurusan Blackpink jawab khabar angin kolaborasi kumpulan itu dengan Selena Gomez.

AGENSI pengurusan Blackpink iaitu YG Entertainment menjawab khabar angin yang tersebar mengenai kolaborasi membabitkan kumpulan itu dengan penyanyi popular, Selena Gomez.

Menurut laporan Soompi, wakil agensi meminta peminat terus bersabar dan menunggu kenyataan rasmi mengenai kerjasama tersebut.

"Mohon tunggu pengumuman rasmi nanti," komen YG Entertainment.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas sebuah portal melaporkan Selena Gomez akan membuat penampilan istimewa dalam lagu terbaharu Blackpink yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Sebelumnya, agensi juga seakan memberi isyarat bahawa Blackpink sakan melancarkan single baharu selepas kejayaan lagu How You Like That.

Namun sehingga kini mereka masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

Selain Selena Gomez, ada juga peminat berteka-teki bahawa Blackpink akan berkolaborasi bersama Ariana Grande.

Ini selepas Ariana Grande memberikan tanda suka pada salah satu muat naik di akaun Instagram Jennie.

Sejak tahun lalu khabar angin tersebut beredar dalam kalangan peminat, lebih-lebih lagi produser lagu Ariana Grande iaitu Tommy Brown pernah bekerjasama dengan Blackpink.

Malah, penyanyi lagu Thank U, Next ini juga pernah bergambar bersama Blackpink di malam acara Coachella 2019.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Blackpink, Selena Gomez,

Artikel Lain