suria

Dua minggu dirawat, Aishwarya Rai dan anak disahkan bebas Covid-19

Aishwarya Rai dan anak dibenarkan pulang ke rumah.

AKTRES terkenal Bollywood Aishwarya Rai dan anak perempuannya Aaradhya disahkan negatif Covid-19.

Berita itu dikongsi suaminya yang juga pelakon Abhishek Bachchan menerusi laman Twitter pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Big B, Abhishek... kini Aishwarya dan anak disahkan positif Covid-19

Aishwarya dan anaknya dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif virus itu pada 12 Julai lalu.

Bagaimanapun, Abhishek dan bapanya pelakon terkenal Amitabh Bachchan yang terdahulu disahkan positif virus itu masih di bawah pemerhatian pihak perubatan.

"Terima kasih atas doa dan ucapan yang diberikan. Saya rasa sangat terhutang budi. Aishwarya dan Aaradhya telah disahkan negatif dan dibenarkan pulang.

"Mereka sekarang berada di rumah. Saya dan ayah masih di hospital bawah jagaan staf perubatan," tulis Abhishek.

Abhishek Amitabh disahkan positif Covid-19 pada 11 Julai lalu.

Sebaik saja keputusan pemeriksaan tersebut dikeluarkan, mereka dimasukkan ke sebuah hospital di Mumbai, India.

Sumber: Indiatimes

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain