suria

Nikita Willy kini tunangan Indra Priawan - “Dia datang bertemu ibu dan terus melamar”

Nikita gembira Indra akhirnya memberanikan diri untuk melamarnya.

PELAKON terkenal Indonesia Nikita Willy melangsungkan pertunangan dengan kekasihnya seorang usahawan, Indra Priawan di sebuah hotel di Jakarta Selatan pada Sabtu.

Nikita pada awalnya dilamar oleh Indra pada ulang tahun kelahiran yang ke-26 pada 29 Jun lalu sebelum mengadakan majlis rasmi.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Nikita Willy meninggal dunia kerana sakit jantung

Memetik laporan liputan6, hubungan cinta pasangan ini terjalin selama empat tahun sebelum berakhir selama tiga minggu sebelum mereka berbaik semula.

"Kami dah kenal satu sama lain sudah cukup lama, hampir empat tahun. Niatnya memang nak berkahwin, jadi kenapa nak tangguhkan lagi.

"Malah kami juga dah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan, baik kami bernikah terus... tak perlu bercinta terlalu lama," kata Indra.

Nikita turut meluahkan penghargaan terhadap Indra yang berani memberikan komitmen dan membawa hubungan mereka ke fasa yang lebih serius.

Malah, pelakon drama Putri Yang Ditukar ini berkata dia ingin menjalankan amanah yang ditinggalkan Allahyarham bapanya.

"Saya ingin menjalankan amanah bapa saya untuk tidak lagi bercinta. Daripada situ Indra betul-betul berani dan serius dalam hubungan kami.

"Dia datang bertemu ibu dan melamar saya selepas tiga minggu kami berpisah.

"Tak dapat diungkap dengan kata-kata. Alhamdulillah, kami dah selangkah lagi untuk menyelesaikan semua urusan. InsyaAllah semuanya berjalan lancar," kata Nikita.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Nikita Willy, Indra Priawan

Artikel Lain