suria

Suami beri bayangan mahu tambah isteri, Nia Ramadhani tak bimbang kehadiran orang ketiga

Nia tak hirau hasrat suami ingin beristeri dua.

SETELAH menempuh alam perkahwinan selama 10 tahun, selebriti Ardi Bakrie seperti memberi bayangan kepada isterinya pelakon Nia Ramadhani bahawa dia ingin mempunyai seorang lagi isteri.

Namun, hasrat itu segera dipersoalkan Nia apabila dia tertanya-tanya ciri-ciri isteri yang diinginkan Ardi.

ARTIKEL BERKAITAN: Nia Ramadhani kongsi rahsia 10 tahun kekal bahagia bersama suami

Malah, Nia menerusi video yang tersebar di laman sosial kelihatan bersahaja dan tidak risau tentang perkara itu malah mengakui tidak bimbang dengan kehadiran wanita perampas.

"Bagi saya, kita sebagai wanita perlu percaya pada diri. Bergelar seorang isteri, kita hanya perlu yakin dengan diri sendiri.

"Tak perlu fikirkan tentang perempuan lain," katanya.

Nia dan Ardi terkenal sebagai pasangan suami isteri yang sering mengungkapkan kata cinta dan berkongsi momen romantis di Instagram masing-masing.

Pasangan selebriti Indonesia itu berkahwin pada 1 April 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Sumber: liputan6

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Nia Ramadhani, Ardi Bakrie

Artikel Lain