suria

Katy Perry cerita punca sebenar kembali berdamai dengan Taylor Swift selepas sekian lama ‘perang dingin’

Katy Perry berharap hubungan baiknya dengan Taylor Swift berkekalan.

UMUM mengetahui persahabatan penyanyi Katy Perry dan Taylor Swift kembali pulih selepas kedua-duanya menamatkan 'perang dingin' sejak beberapa tahun lalu.

Menurut laporan CNN, Perry memberitahu dia mengambil keputusan berdamai dengan Swift kerana mahu menjadi contoh kepada golongan wanita muda.

"Apa yang paling saya bangga apabila kami berdamai di hadapan orang awam dan berharap jadi contoh baik untuk wanita muda lain," kata Perry semasa ditemubual sebuah stesen radio.

Penyanyi popular berasal dari Amerika Syarikat ini memberitahu hubungan mereka kini semakin akrab dan berjanji akan mempertahankan persahabatan itu.

Taylor Swift (kiri) dan Katy Perry mahu menjadi contoh yang baik kepada masyarakat.

Pada Mei 2018, Perry mengirimkan hadiah kepada Swift sebelum malam konsert jelajah Reputation.

Swift kemudiannya berkongsi kiriman tersebut di Instagram dan berterima kasih kepada penyanyi lagu Roar itu.

Ia menarik perhatian peminat dan rata-ratanya gembira apabila mengetahui hubungan kedua-duanya kembali pulih seperti biasa.

Terbaharu, Perry muncul dalam muzik video lagu nyanyian Swift berjudul You Need To Calm Down.

Perry berkata dia mempunyai alasan tersendiri apabila bersetuju tampil dalam video muzik tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Taylor Swift, Katy Perry

Artikel Lain