MESKIPUN terpaksa duduk di rumah sepanjang tempoh kuarantin, pasangan selebriti Blake Shelton dan Gwen Stefani menganggap ia satu pengalaman yang berbeza. Memetik laporan Hollywoodlife, Blake menganggap tempoh yang lama itu merupakan satu kesyukuran kerana dia dan Gwen dapat meluangkan lebih masa bersama. "Saya dan dia melalui pengalaman yang berbeza dan bagi saya, ia satu kesyukuran. Saya rasa sebab kami dapat luangkan masa bersama bercakap mengenai perjalanan karier kami dan seronok duduk di rumah. "Sebelum ini, saya jarang berada di rumah lebih dua minggu. Jadi tempoh kuarantin ini sangat bermakna buat kami berdua," kata Blake. Blake dan Gwen menikmati masa bersama tanpa perlu memberi tekanan kepada mereka untuk membawa hubungan tersebut ke fasa seterusnya. Pasangan ini mula menjalinkan hubungan cinta sejak 2015 namun mereka enggan terburu-buru untuk berkahwin. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!