suria

Taylor Swift kirim kardigan pada anak Kobe Bryant

Taylor Swift kirim kardigan pada Natalia Bryant.

ANAK perempuan kepada mendiang pemain bola keranjang Kobe Bryant, Natalia Bryant meluahkan rasa teruja menerima sehelai kardigan daripada penyanyi terkenal Taylor Swift.

Penghantaran tersebut yang disertakan dengan sebuah nota dan baju panas berwarna krim dikongsikan Natalia menerusi Instagram pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Legenda bola keranjang, Kobe Bryant maut dalam nahas helikopter

Kardigan tersebut merupakan salah satu koleksi terbaharu Taylor.

"Terima kasih, Taylor. Saya obses dengan Folklore," tulis Natalia.

Rekaan kardigan itu diinspirasikan oleh Cardigan, single daripada album terbaharu Taylor yang berjudul Folklore.

Selain Natalia, Taylor turut menghantar kardigan tersebut kepada beberapa rakan artis termasuk Abigail Anderson, Jennifer Hudson, Maren Morris dan Kelsea Ballerini.

Natalia merupakan anak sulung kepada mendiang Kobe dan balunya Vanessa.

Kobe dan seorang lagi anak perempuannya, Gianna maut dalam nahas helikopter pada Januari lalu.

Sumber: Hollywoodlife

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain