suria

Adik Atta Halilintar hampir digigit kuda, palang besi kandang jatuh timpa kepala

Adik Atta iaitu Muntaz alami sedikit kecederaan di bahagia tepi kepalanya.

GARA-GARA pandemik wabak Covid-19, YouTuber sensasi iaitu Atta Halilintar terpaksa berjauhan dengan keluarganya yang terkandas di Malaysia manakala dia berada di Indonesia.

Biarpun berjauhan, namun keluarga Atta sentiasa berkongsi perkembangan dan aktiviti mereka seperti bermain golf dan menunggang kuda menerusi saluran YouTube.

Memetik laporan Liputan6, malang tidak berbau buat salah seorang adik kepada Atta iaitu Muntaz apabila dia mengalami kecederaan selepas berlaku kemalangan ketika berada di kandang kuda.

Perkara itu dikongsikan ibu kepada Atta, Lenggogeni Faruk Halilintar di Instagram pada Khamis dengan memuat naik foto keadaan anaknya.

Keluarga Atta berkongsi aktiviti menunggang kuda di saluran YouTube mereka.

Menerusi kapsyen yang dimuat naik, Lenggogeni memberitahu seekor kuda secara tiba-tiba ingin mengigit Muntaz sehingga menyebabkan palang besi yang menghalang haiwan itu terjatuh di kepala anaknya.

"Pertama kali pergi ke tempat menunggang kuda di sana. Kita tak tahu tempat itu dan tak biasa lagi dengan kuda itu. Tiba-tiba ada seekor kuda dalam kandang mahu mengigit Muntaz tapi terhalang dengan palang besi.

"Namun, palang besi itu terjatuh dan terkena kepala Muntaz. Bunyi palang itu jatuh sangat kuat sehingga mengejutkan semua orang yang berada si situ.

"Muntax menangis. Semoga Muntaz cepat pulih. Pesanan untuk kita semua, kena sentiasa berhati-hati walau di mana kita berada. Sentiasa mengharapkan perlindungan Tuhan," tulis Lenggogeni.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain