suria

Pengacara ‘Who Wants To Be A Millionaire’ Regis Philbin meninggal dunia kerana sakit tua

Regis Philbin meninggal dunia di sisi keluarga pada Jumaat lalu.

PENGACARA program terkenal Who Wants To Be A Millionaire, Regis Philbin meninggal dunia di Amerika Syarikat pada usia 88 tahun.

Menurut laporan USA Today, Philbin menghembuskan nafas terakhir kerana sakit tua.

"Keluarga dan sahabat bersyukur dapat menghabiskan waktu bersamanya, segala gurauannya membuatkan hari kami menarik.

"Kami ingin berterima kasih kepada peminat atas sokongan selama 60 tahun terhadap beliau dalam kariernya. Kami meminta diberikan sedikit privasi selama tempoh berkabung," kata salah seorang ahli keluarganya.



Regis Philbin cukup terkenal sebagai pengacara televisyen di Amerika Syarikat.

Philbin meninggalkan seorang balu, Joy dan tiga anak perempuannya JJ, Joanna Philbin dan Amy Philbin.

Philbin juga selama 23 tahun menjadi hos bual bicara rancangan pagi berganding bersama Kathie Lee Gifford iaitu Live! With Regis and Kathie Lee dari tahun 1985 sehingga 2000.

Kemudian daripada 2001 sehingga tahun persaraannya 2011 beliau bergandingan dengan Kelly Ripa dalam program yang sama iaitu Live! With Regis and Kelly.

Philbin juga sangat dikenali ketika mengacarakan rancangan paling popular awal abad lalu iaitu Who Wants To Be A Millionaire yang ditayangkan pada waktu perdana.

Guiness World Records pernah mencatat namanya sebagai orang yang paling kerap muncul dalam televisyen Amerika Syarikat iaitu dengan kiraan 17,000 jam.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain