suria

Filem terakhir Sushant Singh Rajput peroleh 95 juta penonton dalam tempoh 24 jam ditayang

Dil Bechara merupakan filem terakhir lakonan Sushant Singh Rajput.

SEBUAH syarikat penjejakan menunjukkan bahawa filem Dil Bechara lakonan Sushant Singh Rajput merekodkan 95 juta penonton dalam masa 24 jam pertama tayangan.

Menerusi laporan Mid-Day, wakil syarikat Ormax Media berkata rekod tersebut setanding dengan angka penonton dari siri HBO Game of Thrones yang sangat popular.

ARTIKEL BERKAITAN: Sushant Singh Rajput ditemui mati di kediamannya dipercayai bunuh diri

"Perbandingan antara jumlah penonton untuk Dil Bechara dan Game of Thrones boleh dibuat walaupun drama bersiri itu sudah mempunyai peminat yang ramai sebelum ia disiarkan.

"Tetapi, Dil Bechara sudah dipromosikan sejak awal dari segi pengumuman tarikh tayangan dan gimik pemasarannya.

Dil Bechara mula ditayangkan pada 24 Jun lalu di pawagam seluruh India.

Filem yang diadaptasi dari novel berjudul The Fault In Our Stars karya John Green mengisahkan tentang sepasang kekasih yang juga pesakit kanser merupakan filem terakhir lakonan aktor itu.

Pelakon itu ditemui mati akibat bunuh diri di kediamannya di Carter Road, Mumbai, pada 14 Jun lalu.

Sumber: Hindustantimes

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain