suria

Atta Halilintar luah hasrat mahu bertemu Krisdayanti, ini reaksi Aurel Hermansyah!

Aurel bersedia bawa Atta bertemu ibu kandungnya, Krisdayanti.

UMUM mengetahui kisah percintaan YouTuber, Atta Halilintar dan penyanyi Aurel Hermansyah sudah memasuki fasa baharu dan mereka bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Bagaimanapun, sehingga kini Atta dikatakan masih belum pernah bertemu dengan ibu kandung Aurel yang juga merupakan penyanyi popular, Krisdayanti.

Menurut laporan Grid.ID, Atta meluahkan hasrat dan keinginannya untuk bertemu dengan bakal ibu mentuanya itu.

Keinginan itu mula timbul selepas menerima banyak komen dan permintaan daripada peminat yang mahu melihat Atta dan Krisdayanti bertentang mata buat pertama kali.

"Tiba-tiba orang komen... bawa Mimi KD (nama panggilan Krisdayanti) ke studio.

"Orang ramai minta Mimi KD dijemput bertemu saya... kamu rasa saya boleh jumpa tak?," tanya Atta kepada Aurel di dalam rakaman video yang dimuat naik di YouTube, baru-baru ini.

Aurel bersedia bawa Atta bertemu ibunya, Krisdayanti (kiri).

Mendengar pertanyaan tersebut, Aurel berkata dia tiada masalah jika Atta mahu bertemu dengan penyanyi lagu Menghitung Hari itu.

"Iyalah, tak apa. kenapa tidak boleh? Boleh!," jawab Aurel.

Sebelum ini, Krisdayanti mendedahkan dia tidak diberi kesempatan untuk tinggal bersama anak-anaknya, Aurel dan Azriel selepas bercerai dengan Anang Hermansyah.

Krisdayanti berkata dia hanya memantau dari jauh pembesaran dua anaknya yang kini di bawah jagaan Anang.

Aurel dan Azriel mengambil keputusan untuk terus tinggal bersama bapa mereka dan ibu tiri, Ashanty.

Anang dan Krisdayanti bercerai pada 2009.

Krisdayanti kemudiannya berkahwin dengan usahawan Timor Leste, Raul Lemos pada 2011 manakala Anang menamatkan zaman dudanya bersama penyanyi Ashanty sekitar 2012.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain