suria

Hubungan cinta Kim Bo Ra dan Jo Byeong Gyu berakhir, jadual padat jadi punca perpisahan

Jadual padat punca Kim Bo Ra dan Jo Byeong Gyu berpisah.

SELEPAS kira-kira setahun setengah menjalinkan hubungan cinta, pasangan selebriti Kim Bo Ra dan Jo Byeong Gyu akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah.

Memetik laporan Soompi, agensi pengurusan Kim Bo Ra iaitu MoMent Global memberitahu biarpun pasangan itu sudah berpisah namun hubungan mereka masih baik.

"Kim Bo Ra dan Jo Byeong Gyu memang sudah berpisah baru-baru ini. Tapi mereka masih mengekalkan hubungan yang baik," kata agensi.

Sementara itu agensi pengurusan Jo Byeong Gyu turut mengesahkan perkara berkenaan dan memaklumkan perpisahan tersebut disebabkan jadual mereka yang padat.

Sebelum ini pasangan gandingan dalam drama bersiri Sky Castle itu mendedahkan mereka sedang bercinta sejak Februari tahun lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain