suria

Tiffany Haddish turun 9 kg selepas bercinta dengan penyanyi rap Common

Tiffany gembira memilki teman lelaki seperti Comman.

SELEPAS beberapa bulan membiarkan peminat berteka-teki, pelakon Tiffany Haddish akhirnya tampil mengesahkan dia kini menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi rap, Common.

Memetik laporan Hollywoodlife, Tiffany mendedahkan dia berasa lebih yakin selepas berjaya menurunkan berat badan sebanyak sembilan kilogram sejak bercinta dengan Common.

Malah, Tiffany juga meluahkan rasa gembira kerana mempunyai teman lelaki yang sentiasa mengambil berat dan berada di sisinya sepanjang masa.

"Berat badan saya turun dan saya berasa lebih yakin a dan saya lakukannya bukan disebabkan dia.

"Saya hanya berasa sangat gembira apabila mengetahui ada orang yang mengambil berat tentang saya, yang sentiasa berada di belakang saya, dan dia melakukannya dengan baik.

"Saya sangat sayangkan dia!" kata Tiffany ketika ditemu bual dalam program Steve-O's Wild Ride baru-baru ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Tiffany Haddish, Comman, cinta,

Artikel Lain