suria

Enam tahun bersara... Cameron Diaz rasa lebih tenang

Cameron Diaz mengutamakan kehidupan peribadi bersama keluarga.

AKTRES terkenal antarabangsa Cameron Diaz mengakui kehidupannya lebih tenang selepas bersara dari industri perfileman.

Cameron, 47, yang sudah bersara sejak tahun 2014 berkongsi kisah tersebut dalam sebuah video bersama pelakon Gwyneth Paltrow untuk rancangan In Goop Health: The Sessions.

ARTIKEL BERKAITAN: Cameron Diaz umum dapat anak perempuan, enggan kongsi foto wajah demi jaga privasi

"Rasa tenang. Seperti ada satu ketenangan dalam jiwa saya kerana akhirnya saya dapat menjaga diri saya.

"Ia sesuatu yang pelik untuk dikatakan... saya tahu ramai orang takkan faham tapi ia sangat tegang untuk bekerja pada tahap itu dan menjadi terlalu terdedah di khalayak ramai.

"Terlalu banyak tenaga yang diperlukan untuk menjadi seorang aktres," katanya.

Pelakon filem There's Something About Mary ini turut mendedahkan dia hanya menyedari keutamaan dalam hidupnya ketika usianya mencecah 40 tahun.

"Saya bekerja keras untuk tempoh yang terlalu lama sehingga tiada masa untuk kehidupan peribadi saya," ujarnya.

Sumber: Hollywoodlife

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Cameron Diaz, Hollywood

Artikel Lain