PASANGAN selebriti Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah dikhabarkan sedang mempersiapkan diri mengadakan majlis perkahwinan yang dijangka berlangsung pada Disember depan. Menurut sumber, majlis tersebut berkemungkinan akan diadakan di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Senayan, Jakarta Pusat, Indonesia. Meskipun hanya berbaki beberapa bulan sahaja lagi, Atta mengakui masih belum menemui ibu Aurel yang juga merupakan penyanyi Krisdayanti. Atta mahu dapatkan restu Krisdayanti terlebih dahulu. Menurut laporan Tribunnews, Atta berkata dia tidak akan meneruskan pernikahan selagi belum mendapat restu Krisdayanti. "Kami tak mungkin menikah kalau tak dapat izin dan restu. Itu perkara penting! "Buat masa ini doakan saja... kami belum boleh buat persediaan apa-apa saat ini kerana pandemik Covid-19," katanya. Pada awal Ogos lalu, Atta meluahkan hasrat dan keinginannya untuk bertemu dengan bakal ibu mentuanya itu setelah menerima banyak komen dan permintaan daripada peminat yang mahu melihat Atta dan Krisdayanti bertentang mata buat pertama kali. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!